Kurniaan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 2019

Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan 2019 sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ialah pengurniaan yang diperkenankan oleh Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir atas limpah perkenan Duli Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, atas nasihat kerajaan Negeri Sembilan, mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan atas jasa baik dan sumbangan rakyat Malaysia terutamanya rakyat Negeri Sembilan. Kurniaan Hari Keputeraan ini dikurniakan sebahagian daripada sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Besar ke-71 pada bulan Januari.Seramai 340 individu telah dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan pada tahun 2019 yang telah dianugerahkan pada 14 Januari di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti.[1]